Perbandingan Laser Hair Removal vs IPL Hair Removal Untuk Pembuangan Bulu

Laser Hair Removal vs IPL Hair Removal: Yang Mana Lebih Sesuai?

Tahukah anda terdapat kira-kira lima juta folikel bulu pada tubuh manusia? Jika anda lebih gemar untuk menghapuskan bulu pada sebahagian tubuh badan anda dan sedang mencari rawatan yang dapat menghapuskan bulu untuk jangka masa panjang serta melambatkan pertumbuhan bulu, rawatan laser dan alat yang boleh memancarkan cahaya adalah jalan penyelesaiannya!

Komen Pembuangan Bulu Oleh Dr Ko

Dr. Ko Chung Beng, pakar kulit KO telah menyediakan pelbagai perkhidmatan mendalam dari dermatologi hingga pembedahan kosmetik sejak penubuhan pusat rawatan beliau pada tahun 1997. Hari ini, Dr. KO Klinik diakui sebagai salah satu pusat dermatologi dan laser terkemuka di Asia, mendapat kepercayaan para profesional perubatan dan pelanggan di seluruh dunia.

Dr Ko Chung Beng, mengesahkan dengan teknologi canggih seperti rawatan laser dan prosedur inovatif yang mana dapat membolehkan begitu ramai orang hari ini kelihatan teruja dan tampil yakin dengan diri mereka sendiri.

"Kawasan yang paling popular untuk rawatan adalah wajah, ketiak, area bikini, dan kaki bawah," kata Dr.KO. Dalam kajiannya, ketiak sering bertindak balas paling cepat dengan menggunakan rawatan laser, sebahagiannya kerana ia adalah kawasan kulit yang paling cerah disebabkan oleh pendedahan cahaya matahari yang sedikit oleh itu menyebabkan bulunya lebih gelap.

Tidakkah anda setuju bahawa cara penyingkiran bulu secara tradisional tidak hanya menyakitkan dan memakan masa, tetapi sering disertai dengan perasaan yang tidak selesa selepas rawatan pada lapisan kulit dan bulu yang tumbuh juga berasa amat gatal.

Berfikir tentang pembuangan bulu menggunakan laser atau IPL? Baca artikel ini terlebih dahulu!

Jenis-jenis Pembuangan Bulu Yang Selamat

Jenis-jenis Pembuangan Bulu Yang Selamat

Jika anda sedang mencari rawatan yang dapat menghilangkan bulu untuk selamanya dan lebih selesa, SHERO ICE jalan penyelesaiannya. Shero Beauty membantu anda ketahui kehebatan dan keselesaan produk IPL hair removal dengan memamerkan beberapa review terbaik daripada pengguna SHERO ICE IPL permanent hair removal kami.

Bagi orang awam semestinya mereka kurang memahami serta bingung dengan pelbagai harga dan kaedah yang terdapat di salon kecantikan dan klinik estetik di ibu kota. Oleh yang demikian, terdapat banyak kaedah penyingkiran bulu yang popular di Malaysia, kami akan membincangkan kebaikan dan keburukan sehingga anda dapat memahami perbezaan antara pelbagai kaedah penyingkiran bulu.

Kaedah Dan Langkah-Langkah Untuk Menghapuskan Bulu

Rawatan laser adalah satu rawatan yang paling kerap dilakukan untuk menghilangkan bulu secara kekal. Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai jenis rawatan laser dalam pasaran dan ianya berlainan dan bergantung kepada setiap individu yang ingin menjalankan sebarang rawatan. Mari kita bincangkan 2 jenis rawatan laser yang paling dikenali iaitu: Nd:YAG laser dan DIODE laser.

DIODE Laser

Diode laser menggunakan gelombang cahaya tunggal yang mempunyai kadar penyerapan yang tinggi dalam melanin. Pada masa yang sama, ia juga menyejukkan serta melindungi permukaan kulit. Diode laser mampu merawat pelbagai jenis kulit dan warna bulu rambut berbanding IPL. Diode laser juga amat sesuai untuk digunakan buat mereka yang mempunyai tona kulit yang sedikit pucat hingga gelap , berambut perang hingga gelap.

Neodymium-Yttrium Aluminum-garnet laser( Nd:YAG laser)

Nd: YAG Laser juga menggunakan gelombang cahaya tunggal untuk mensasarkan umbun rambut. Nd:YAG laser juga amat sesuai buat mereka yang mempunyai tona warna kulit yang sedikit pucat hingga gelap dan rambut gelap. Menurut kajian, mereka akan menghadapi lebih rasa sakit dan kurang selesa apabila menjalani rawatan Nd:YAG laser berbanding DIODE laser dan IPL.

Rawatan laser di atas , dikenali sebagai spektrum tunggal. Ini bermaksud, cahaya yang dipancarkan lebih fokus kepada mensasarkan pada satu sahaja lapisan kedalaman kulit. Oleh yang demikian, ianya sangat sesuai untuk digunakan biarpun untuk mereka yang mempunyai jenis kulit IV dan V menurut Fitzpatrick Scale.

Kelebihan & Keburukan IPL Hair Removal dan Laser Hair Removal

Intense Pulse Light (IPL) Hair Removal

Rawatan Intense Pulse Light adalah rawatan kulit yang menggunakan laser, cahaya berdenyut intensif atau terapi fotodinamik.

Kelebihan:

  • Keputusan rawatan yang kekal berpanjangan
  • Lebih murah daripada kaedah laser.
  • Terdapat secara meluas di kebanyakan salon kecantikan kerana peralatan IPL lebih murah.
  • Rawatan ini TIDAK memerlukan seorang ahli yang profesional.
  • Antara fungsi dan faedah rawatan ini ialah ia sangat bermanfaat untuk mereka yang mengalami kedutan, bintik penuaan dan juga rosacea
  • Kelebihan IPL juga membolehkan pengguna melakukan rawatan ini walaupun berada di rumah sahaja.

Keburukan:

  • Tidak seperti laser, IPL tidak dapat difokuskan pada sinar peka (Concentrated Beam). Oleh itu, perlu diingatkan juga bagi mereka yang ingin mencapai keputusan yang memuaskan, rawatan IPL ini perlu kerap dilakukan mengikut tempoh rawatan yang disarankan.
  • Hanya sesuai untuk beberapa tona/warna kulit yang tertentu

Laser Hair Removal

Kelebihan:

  • Kelebihan rawatan laser ialah dapat memberi keputusan yang kekal dalam jangka masa yang panjang.
  • Kawasan kecil seperti di atas bibir atas boleh mengambil masa lebih kurang satu minit sementara kawasan yang lebih besar seperti kaki boleh memakan masa melebihi 20 minit.
  • kurang sesi yang diperlukan.
  • Sesuai untuk semua tona/warna kulit

Keburukan:

  • Laser hair removal adalah lebih mahal berbanding IPL.
  • Rawatan harus dilakukan oleh profesional.
  • Bagi sebahagian orang, rawatan ini mungkin sedikit menyakitkan dan memberi rasa yang kurang selesa.

Harga Alat IPL Hair Removal di Malaysia

Harga Alat IPL Hair Removal di Malaysia

Harga IPL hair removal berbeza-beza bergantung pada jenis rawatan, jadi anda perlu berkonsultasi sendiri untuk mendapatkan penilaian yang tepat. Oleh itu, anda tidak perlu risau mengenai kos rawatan jika menggunakan alat SHERO ICE daripada Shero Beauty kami. Ini kerana kami menawarkan perkhidmatan bayaran ansuran sebanyak tiga kali bermula serendah RM206.67 sahaja. Shero Beauty juga menyediakan penghantaran percuma ke seluruh Semenanjung dan Sabah Sarawak.

Baca lebih lanjut tentang kesan sampingan IPL hair removal.

 

Source:
1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC4477470/
2. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/33567152/
3.https://hairfreelife.com/ipl-vs-ndyag-laser-hair-removal-for-darker-skin-types/