Sejak Bila Perempuan Mula Mencukur Rambut

10 Tips Rawatan Mencukur Bulu Untuk Wanita

Tahun 2021 masih ada lagi sesetengah wanita yang kurang yakin dengan masalah pertumbuhan rambut dan bulu ketiak, badan dan kaki mereka. Hal ini mungkin berlaku kerana persekitaran mereka yang kurang positif dan menjadikan kekurangan pada diri mereka sebagai satu bahan jenaka dan gurau senda. Setiap wanita harus sentiasa yakin dengan keterampilan diri dan tidak menjadikan sesuatu perkara yang kurang diminati oleh orang sekeliling sebagai satu penghalang.

Walaupun kami menggalakkan wanita untuk merangkul dan mencintai diri dan tubuh mereka sendiri, kami juga menghormati keputusan setiap wanita dalam menjaga kulit tubuh mereka bebas dari rambut. Misi kami adalah menolong golongan wanita untuk mencari solusi kecantikan yang terbaik!

Sejak Bila Perempuan Mula Mencukur Bulu Ketiak?

Pemulaan Perempuan Mencukur Bulu Ketiak Pada Era Tahun 1915

(Sumber Gambar)

Dikutip dari artikel rasmi “Metro.co.uk”, wanita di seluruh dunia mula mencukur bulu ketiak pada era tahun 1915, ini kerana iklan dari sebuah syarikat “Harper’s Bazaar” yang memaparkan wanita sedang mencukur rambut ketiak. Sedangkan dulu lagi pada abad ke-20, wanita tidak mencukur rambut ketiaknya.

Alat Pencukur Mesra Alam SHERO Malaysia

Walaubagaimanapun, pertumbuhan rambut halus di sebahagian kawasan badan seseorang bergantung mengikut hormonnya, bukan sebab kerap mencukur. Kalau anda bercadang untuk menjadikan cukur bulu kaki dengan alat pencukur sebagai sebahagian daripada rutin harian anda, sebaiknya lebih berhati -hati. Ikuti tips di bawah sebagai langkah-langkah penjagaan rambut agar kelihatan lebih rapi dan yakin.

Sebelum Rawatan Mencukur Bulu

Sila cukur dan memastikan rambut anda tidak melebihi panjang 3mm setiap kali menjalani rawatan.

  1. Aplikasi krim pencukur atau pelincir sebelum mencukur.
  2. Pastikan tidak mencukur pada kulit yang kering.
  3. Kulit yang lembab akan memudahkan pencukuran bulu dan mengelakkan risiko kecederaan.
  4. Pastikan kulit bersih dan kering dan bebas dari apa-apa bahan seperti “cooling gel” atau “gel alovera”.
  5. Sekiranya anda telah menggunakan produk yang mengandungi pati pemutihan, AHA, BHA, retinoid atau sebarang losyen berasaskan asid tinggi. Sila tunggu 48 jam sebelum melakukan rawatan.

 

Selepas Rawatan Mencukur Bulu

  1. Dianjurkan untuk tidak bersentuhan dengan air suam atau panas dalam masa 6 jam setelah treatment penyingkiran rambut.
  2. Jangan gunakan anti-peluh, minyak wangi, scrub atau skincare yang mengandungi asid, AHA / BHA, Retinol, Benzoyl Peroxide atau bahan kimia lain yang boleh menyebabkan kerengsaan kulit selepas rawatan.
  3. Elakkan pendedahan langsung UV selama 24 jam selepas rawatan. Sapukan pelindung matahari jika perlu.
  4. Sapukan pelembab kulit (moisturizer atau losyen) selepas rawatan, sebelum tidur atau sapukan pelindung matahari (sunscreen) sebelum keluar rumah untuk melindungi kulit anda.
  5. Jangan berjemur di bawah matahari selepas rawatan penyingkiran bulu kerana akan kemungkinan menyebabkan kulit menjadi gelap, sinaran matahari, kerengsaan kulit, kemerahan atau kecederaan kulit.

Alat Penyingkiran Rambut IPL SHERO Malaysia

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan rambut, dan semuanya menyakitkan atau mahal. Walaubagaimanapun, terdapat satu alat penyingkiran bulu yang tidak menyakitkan, serta dapat menyingkirkan rambut untuk jangka masa yang panjang. Anda hanya perlu menggunakan alat kami iaitu SHERO ICE! alat rawatan penyingkiran rambut secara kekal ini sangat mudah digunakan dan anda boleh melakukan rawatan di rumah sahaja. Kami bukanlah teknologi baru yang dijumpai, hanya kerana kami menggunakan penemuan yang ada dan menjadikan pengguna lebih senang menghilangkan bulu secara kekal di rumah.

Akhir sekali, pandangan mengenai penyingkiran rambut akan berubah sebaik sahaja anda memulakan perjalanan SHERO kerana ini bukan lagi kaedah konvensional untuk menghilangkan rambut. Tahu tak! Anda juga disyorkan untuk mengguna pisau cukur yang lebih mesra alam, oleh itu pisau cukur SHERO mampu menyelesaikan masalah anda. Jangan risau! Kami akan membimbing anda sepanjang perjalanan anda untuk memastikan ia berjalan lancar.